Sabtu, 13 Julai 2019

Hi Asalamuaikum dinner apa tu? Farah nak share resepi Ayam Masak Merah #sedapteruk #cikfacook 😋(2-3pax) 

Bahan- bahan : 

Ayam setengah ekor. (farah guna Ayam bahagian tulang paha dan kepak)

Cili kering 10biji*
3 ulas bawang putih* 
Halia*
1 biji Bawang merah hiris nipis 
2 biji bunga lawang 
3 biji bunga cengkih 
4 biji buah pelaga
2 keping kayu manis 
1 batang serai diketuk 
1 keping gula melaka (cincang halus) 
1 keping asam jawa 
Sos tomato 
1sdk garam 
1sdk serbuk kunyit 
Setengah cawan air 

Cara- cara mengoreng Ayam : 🐓

Lumur Ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 10min angkat Ayam dan tos kan. 

Kuah masak Merah : 🥘

Panas kan kuali tumis serai dan 4sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga) masuk kan hirisan bawang merah. Tumis hingga naik bau. 
Masukan bahan kisar bertanda * masukan gula melaka, masukan Air, tomato dan kacau perlahan. 
Masukan sedikit sos tomato untuk tambah rasa, Asam keping dan garam. Akhir sekali masuk kan Ayam yang sudah di goreng tadi kacau perlahan dalam 2min dan tutup api sedia untuk dihidang. 😍🍴
#icook #resepisedap #masak #ayammasakmerah 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan