Sabtu, 13 Julai 2019

Resepi Ketam Kari Berempah

Asalamuaikum nak masak apa tu? Hari minggu best kan Kalau dapat makan kari berempah kaw. Hehe🤤
Okay Farah nak share Resepi ketam masak Kari berempah. #sedapteruk #cikfacook 🦀
Bahan - bahan : 🦀🥕

4 ekor ketam belah 2
2 batang serai ketuk 
3 tangkai daun kari 
2 tangkai Daun ketumbar 
1 tangkai daun kunyit 
2 ulas bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Halia *
Kunyit *
1sdk biji ketumbar *
2 biji Cili padi merah (if nk extra pedas) *
4 biji bunga lawang 
3 batang kayu manis 
5-6 biji bunga cengkih 
5-6 biji buah pelaga 
Sedikit halba, jintan putih, biji sawi, biji ketumbar (rujuk gambar) 
2sdb Cili kisar 
3sdb serbuk kari Ikan pedas 
1sdb serbuk Cili 
1sdk garam 
1sdb gula 
1 biji carrot 
2 biji tomato 
1 kotak kecil santan (farah guna separuh je) 
1 cawan Air 

Cara - cara : 🥘

Panas kan minyak, masuk kan serai, daun kari, 4 sekawan (bunga lawang,cengkih,buah pelaga,kayu manis) tumis naik bau masuk kan bahan kisar bertanda *
Masukan (halba, jintan putih, biji sawi, biji ketumbar) masukan serbuk kari dan serbuk Cili, masukan Air dan Cili kisar. Kacau perlahan hingga naik bau dan pekat. 
Masukan ketam dan tutup periuk dalam 7minit buka penutup periuk masukan carrot, daun ketumbar, daun kunyit dan santan. Kacau perlahan masukan garam, gula tomato kacau perlahan biar kan 5minit dan tutup api sedia utk dihidang kan. 😋🍴






Tiada ulasan:

Catat Ulasan